Saturday, February 14, 2015

NAK buat duit dari Rumah

Hi, apa tunggu lagi,

Jika anda nak bekerja dari rumah dan memiliki kemahiran berikut:

1: Mahir mengunakan komputer & internet.
2: Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
3: Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
4: Tahu apa beza antara Google & Web Browser.

Anda sesuai untuk kerja online freelance seperti:

1: Virtual Assistant (USD$100 per projek)
2: Data Entry (USD$50.00 per projek)
3: Web Research (USD$150.00 per projek)
4: Virtual Customer Service (USD$70.00 per projek)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang online freelancing sila layari link dibawah sekarang!
==> http://jobdirumah.com/jackler

Buat duit Tanpa Modal

Sebelum aku menyampaikan perkara penting kepada korang, terlebih dahulu aku ingin minta maaf sebab memang lama giler tak kemaskini blog ni & aku juga ingin minta maaf kalau ada mana2 artikel di dalam blog ni buat korang geram dah seumpamanya.
Aku dapat rasakan, mesti masih ramai di luar sana (korang2 yang baca blog nih) belum dapat buat duit online di internet. Apa yang dikongsikan di dalam blog ni pun boleh aku katakan secara sambil lewa. Takda penerangan atau sistem / jadual secara teratur dan lengkap untuk membolehkan korang mendapat duit dari internet.
Sebab itu, aku rajinkan diri aku untuk menaip artikel ni untuk kebaikan kita bersama. Kali ni, aku cuma ingin kongsikan tentang apa yang korang perlukan untuk buat duit online tanpa modal. Terus terang aku katakan, mustahil buat duit online tanpa modal. Sebabnya;
  1. Modal ini ada banyak maksud. Ia bukan sekadar merujuk kepada duit, bahkan segala kelengkapan yang digunakan serta masa yang dihabiskan turut termasuk dalam kategori modal.
  2. Habis? Kenapa sebelum ni hang sibuk2 kata boleh buat duit tanpa modal? Sebenarnya, kalau korang perhatikan betul2 kesemua artikel, nama blog, deskripsi blog semuanya diletak dengan perkataan buat duit online tanpa modal. Inilah yang dipanggil seo. Teknik untuk menaikkan kedudukan blog di enjin carian seperti google.com mengikut kata kunci tertentu. Perkataan "Buat duit online tanpa modal" ialah kata kunci yang aku guna.
Sekarang, aku nak cerita apa sebenarnya korang perlukan untuk buat duit di internet ni. Mula2 sekali, pastikan korang ada email. Aku sarankan korang buat 3 E-mail dari penyedia email percuma yang berbeza. Antaranya;
  1.  Yahoo.com (Sebab ada fungsi Yahoo Messenger) - Yang ni buat satu je email.
  2. Gmail.com (Sebab ada fungsi gtalk) - Untuk gmail, buat 2 akaun email.
 Amaran! - Jangan gunakan / masukkan sekali email peribadi di dalam senarai 3 email tersebut. Sebab, aku nak korang fokus sebab khuatir korang hilang fokus bila email dari kawan, dan seumpamanya masuk dalam inbox, terganggu kerja korang nanti. Sebab lain lak, aku tak nak email peribadi korang kena spam. Jadi, jangan guna. Aku dah terlanjur guna sebab dulu main tibai je. Tak fikir dulu. Lagipun, mana de orang nak ajar.-.-" Kalau korang tak tahu cara daftar akaun email, cari je tutorial kat google. Berlambak aku tengok. Kat youtube pun ada.

Kedua, korang kena ada perbankan online supaya korang boleh menerima bayaran dari pihak2 tertentu. Perbankan online ni terbahagi kepada 2, iaitu dalam negara dan global. Yang dalam negara seperti Maybank & Cimb Bank, RHB bank. Aku sarankan korang ada ketiga2 akaun bank tu. Atau paling tidak ada akaun CIMB atau Maybank2u. Jangan lupa lak daftar untuk perbankan online bagi ketiga2nya kalau dapat. Kalau tak tahu, tanya kat pekerja bank caranya.

Bagi global pula (seluruh dunia gunakan) iaitu paypal & alertpay. Bagi akaun paypal, korang perlukan kad debit atau kad kredit untuk mengesahkan akaun tersebut supaya korang boleh mula menghantar & menerima bayaran. Gunakan akaun RHB bank untuk paypal, sebab duit dalam paypal boleh dimasukkan ke dalam akaun RHB bank secara terus.

Daftar akaun paypal di sini :  PAYPAL
Daftar akaun alertpay di sini: ALERTPAY 

Bila dah mendaftar, pastikan korang ada simpan salinan password, dll bagi akaun perbankan online dan email korang. Simpan je dalam notepad. Kalau lupa, boleh tengok balik.

Ketiga, kebalkan pc/laptop korang dengan antivirus. Aku sarankan guna Avira antivirus &Malwarebytes sebab dua ni aku tengah guna sekarang. Benda ni penting sebab aku tak nak maklumat penting dalam pc/laptop korang kena curi tanpa korang sedari. Lagi2 maklumat akaun bank.

P/s: Nantikan artikel seterusnya aku nak cerita cara korang boleh buat duit melalui laman sosial seperti facebook & Twitter. Kalau ada apa2 soalan, tinggalkan je komen di bawah artikel ni. Nanti kalau rajin, aku balas. Pastikan korang dah ada semua yang aku nyatakan kat atas untuk memudahkan korang "follow up" apa yang aku bakal ajarkan.

Menjana pendapatan tanpa Modal

Saya pasti anda sedang mencari kebenaran mengenai kaedah “bagaimana menjana pendapatan dari rumah”, “bekerja dari rumah”, ”jana pendapatan sampingan melalui blog”, “buat duit dengan blog”, “buat duit dari rumah” dan sebagainya. Anda tentu dihidangkan dengan hasil carian yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal sehingga mencecah RM10,000 sehari dengan usaha yang tak seberapa ... semudah ABC seperti cakap-cakap agen MLM. 

Cukup mudah dan sangat membanggakan sekiranya anda mampu menjana pendapatan sampingan sendiri tanpa mengeluarkan sebarang duit poket sebagai modal awal. Hakikat yang perlu anda terima.. tiada servis di dalam dunia ini yang tidak memerlukan modal untuk meraih pulangan lumayan...

Sebelum pergi lebih jauh, saya mahu anda fahami dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada tips ajaib ataupun yang mudah untuk buat duit dari internet. 

Walaupun internet marketer sepenuh masa menjadikan rumah mereka sebagai pejabat. Namun begitu, tidak semestinya mereka bebas melakukan apa saja tanpa melakukan apa-apa atau duduk sahaja duit masyuk!!..mana mungkin duit nak masuk kalau tak buat kerja melainkan kerja-kerja tersebut hanya memerlukan pemantauan sales daripada pendapatan autopilot.

Disini saya berikan contoh-contoh ringkas apakah kaedah yang sesuai untuk anda jana pendapatan dari rumah. Saya juga akan terangkan dengan lebih jelas lagi bagaimana teknik-teknik buat duit ini diaplikasikan dalam entri-entri saya yang akan datang;

Tips 1 # Menjual barangan secara online 

Anda boleh memilih untuk menjual barangan yang anda fikirkan wajar dijual dan mempunyai sambutan hangat di laman-laman sosial misalnya facebook atau di laman mudah.my, lelong.my atau melalui blog anda sendiri. Melalui teknik-teknik pemasaran yang berkesan anda mampu menarik minat pelanggan untuk datang membeli barangan di laman web anda. 

Tips 2 # Menjana pendapatan dengan menulis

Percaya atau tidak, sehinggakan anda terpaksa mempercayainya bahawa ramai antara internet marketer dan blogger pada hari ini meraih pendapatan hariannya melalui penulisan. Penulisan artikel yang berkualiti disamping tips SEO yang berkesan akan dapat meningkatkan page rank sesebuah blog dan kredibiliti seseorang blogger.  

Lihat bagaimana Jutawan dan pelabur emas Azizi Ali membina kredibiliti dirinya sebagai seorang jurulatih dan mentor jutawan. Sebelum ini beliau bukanlah orang yang dikenali umum. Di awal pembabitan, beliau menulis pelbagai artikel untuk dihantar kepada syarikat-syarikat media. 

Bermula saat itu, beliau telah mula membina kredibiliti dan mencipta pengikut-pengikutnya sehingga ke hari ini. Pokok pangkalnya adalah melalui penulisan. Saya berikan contoh seorang lagi ikon internet iaitu mentor jutawan irfan khairi.. Dahulunya tiada siapa pun mengenalinya tetapi selepas beliau menulis buku ”Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali ramai dan semakin banyak undangan ceramah daripada pelbagai agensi yang memberi keuntungan lumayan kepada beliau.


Tips 3 # Jana Pendapatan melalui blog 

Bagaimana nak buat duit dengan blog? Macam mana blog ini boleh buat duit? Semua persoalan tu sebenarnya sudah lama terjawab. Mungkin sebelum ini anda belum pernah temui lagi jawapannya tetapi hari ini, anda adalah insan bertuah kerana terjumpa seciput maklumat di blog mudahkot.com. Akan saya terangkan serba sedikit bagaimana duit boleh datang melalui blog. 

Yang Per I – Melalui Iklan-iklan yang dipasang tak kira lah sama ada google adsense, Adverlets, nuffnang, ataupun buat sewa ruang iklan di blog anda. Sedikit tips saya kongsikan, blog yang menarik tidak memerlukan ruang iklan yang bersepah-sepah dan nampak terlalu crowded. Engin carian macam google pun menyampah nak tengok. 

Tapi kalau blog yang cantik macam blog saya ini pun..alamak..perasaan lah aku ni.. kalau tiada traffik pun tak ada gunanya juga. Betul tak? Namun begitu, kalau korang pemain nuffnang atau adsense pastikan jenis iklan yang dipaparkan tidak menjurus kepada perkara-perkara haram contohnya iklan minuman keras ataupun membuat aktiviti klik-klik iklan yang sememangnya ditegah oleh penganjur. Dah cara pun salah.. inikan pula rezeki yang datang dari cara tersebut. Sendiri fikir lah. Kalau yang terasa tu…hurmmm..pandai-pandai lah..

Yang ke II – Melalui review produk. Blog-blog yang awesome macam pencinta merah sudahpun jana pendapatan puluhan ribu sebulan antaranya di bayar oleh syarikat tertentu hanya untuk membuat review produk mereka. 

So tak hairanlah redmummy boleh dapat income puluhan ribu sebulan. Walaupun begitu redmummy juga seperti anda hari ini bermula dari nobody sehinggalah menjadi somebody dalam dunia blogger tempatan. So, apa nak  dirisaukan kerana peluang sentiasa terbuka untuk anda. 

Syarikat-syarikat pengiklanan akan melihat traffik yang masuk ke blog anda kerana traffik yang tinggi dan berkualiti akan menghasilkan pulangan wang ringgit kepada mereka. Kalau tak betul apa yang saya katakan ini tolong perbetulkan..

Yang ke III – Melalui contest atau pertandingan. Ada sebahagian blogger menganjurkan contest untuk menarik traffik berkunjung ke blog mereka. Pelbagai contest yang dianjurkan bergantung kepada kreativiti blogger untuk menarik minat pengunjung datang ke blog mereka. Kebiasaannya harga contest antara RM50-RM100. Kira ok lah kot. 

Kalau sebulan boleh menang contest pada 5 blog sudah dapat RM500. Bukan senang orang nak bagi. Saya beri Contoh idea nak buat contest macam zyan si mamat poyo ni.. dia buat contest review blognya internetmudah.com

Apa yang perlu dilakukan cuma review blog zyan mengikut pandangan dan kreativiti olahan ayat anda. Hadiah tempat pertama RM100. Saya melepas peluang sebab lambat dapat info..huhu..kalau saya join tu hari..haisshhh mesti menang punya lah tempat ke10..huhu..

Yang ke IV – Melalui produk Affiliate. Yang ni paling letih saya nak celoteh. Ada lagi yang tak faham apa benda tu Affiliate? 

Macam mana ia berfungsi dan boleh menjana pendapatan. Kalau duduk dirumah boleh tak, saya buat Affiliate ini? Adesss.. sakit kepala saya nak jawab soalan-soalan macam ni…Saya rasa pakar Teknik ClickBank kita sedara Zyan boleh tolong jawabkan untuk saya.

Tak mengapa bro..en Zamri Nanyan Pakar Affiliate yang berkecimpung dalam dunia pemasaran internet sejak tahun 2006 boleh membantu untuk selesaikan masalah anda. 

Teknik Bina perhubungan Affiliate

Sebelum saya tutup entri ni saya share sedikit tips berkenaan teknik pemasaran produk affiliate ; 

Tips Affiliate 1 # Bina Perhubungan yang baik

Fokus pada perhubungan. Mengapa? Pemasaran produk Affiliate memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi kepada anda sebelum pengguna membeli produk tersebut. Apabila rakan anda memperkenalkan sesuatu produk kepada anda sebagai contoh “Buat duit Internet Tanpa Modal” dan dalam masa yang sama keyakinan anda terhadap teknik yang saya gunakan amat tinggi, sudah tentu anda akan mengikuti perkembangan blog saya dan akan membuat belian “Panduan Pemasaran Affiliate” daripada blog saya. Itu contoh sahaja..

Tips Affiliate 2 # Bina Traffik berkualiti 

Fokus juga untuk membina traffik akan datang. Bagaimana? Lebih banyak traffic bermakna lebih banyak mata yang membaca dan dalam masa yang sama lebih tinggi potensi untuk pembaca membeli produk yang anda promosikan.

Tips Affiliate 3 # Fokus kepada penyelesaian masalah

Kenalpasti produk yang sesuai bagi menyelesaikan masalah atau ubat mujarab kepada pembaca. Sekiranya pembaca ingin menjadi pakar Affiliate, atau sedang mencari-cari tips pemasaran affiliate, pastikan produk Affiliate yang anda promosikan amat bersesuaian dan berkesan untuk dipraktikkan saya ambil contoh "Panduan Pemasaran Affiliate" cara Rahman Basri. Ceritakan mengenai kebaikan dan kelebihan produk secara jujur agar pembaca lebih yakin dengan anda. Saya pasti anda akan memperolehi follower anda sendiri yang dahagakan tips-tips dan nasihat daripada anda.

Fuhhh..dah puas membaca??...harapan saya selepas membaca artikel ini anda lebih memahami bagaimana sebenarnya perjalanan kerja buat duit melalui internet ini dijalankan.